37
MS
7 • Membersihkan pembersih hampagas anda
- Lap bahagian badan pembersih hampagas dan aksesori dengan kain lembut yang lembab, kemudian keringkan
dengan kain yang kering.
- Basuh kompartmen habuk (5a+ 5b) di bawah air jernih atau air sabun, kemudian keringkan dengan kain kering.
PENTING: jangan gunakan detergen yang kuat dan yang boleh melelaskan. Kelutsinaran kompartmen
habuk dan/atau penutup hadapan dan/atau penutup boleh berubah dari semasa ke semasa; ia tidak men-
jejaskan prestasi peralatan.
PERHATIAN: jangan basuh penutup pembersih hampagas di bawan air jernih. Bersihkan menggunakan
kain lembut yang lembab.
PENTING: hentikan pembersih hampagas serta merta dengan menekan butang Start/Stop sebaik saja ia
berhenti berfungsi seperti biasa dan sebelum melakukan sebarang pemeriksaan.
Jika pembersih hampagas tidak mahu hidup.
• Peralatan tidak dikuasakan. Periksa dan pastikan peralatan dipasang dengan betul pada soket.
Jika pembersih hampagas tidak ada kuasa sedutan.
• Satu aksesori, tiub, hos, pengasing (4a), gril pengasingan udara/habuk (4b) atau kompartmen pengasingan (4c)
tersumbat; umbahkannya.
• Bersihkan penapis HEPA ruj RS-RT3846* (17a) seperti yang ditunjukkan dalam prosedur dan masukkan kembali
ke dalam kompartmennya atau basuh penapis yang boleh dibasuh ruj RS-RT3733* (17b) dengan mengikuti pro-
sedur yang ditunjukkan dan masukkan kembali ke dalam kompartmennya. Jika penapis HEPA rosak, gantikannya.
• Kaset penapisan (ruj RS-RT3732):bersihkan penapis busa hitam(18a) dan penapis mikro (18b) seperti yang ditun-
jukkan di dalam prosedur.
Jika pembersih hampagas mempunyai kuasa sedutan yang berkurangan, bising atau berbunyi siulan
• Satu aksesori, tiub, hos, pengasing (4a), gril pengasingan udara/habuk (4b) atau kompartmen pengasingan (4c)
separuh tersumbat; umbahkannya.
• Kompartmen habuk penuh: kosongkan dan basuhkannya.
• Penutup pembersih hampagas tidak dipasang dengan betul: tutup dengan betul.
• Kompartmen habuk tidak dipasang dengan betul: pasangkan dengan betul.
• Suis kuasa manual nozel terbuka: tutupkannya.
Jika pengasing kon (4a) penuh
• Habuk terkumpul dalam kompartmen pengasingan (4c): Pastikan paip di antara pengasing (4c) dan kompartmen
habuk (5) tidak tersumbat. Pastikan tidak ada apa yang menghalang saluran masuk kompartmen habuk.
• Saluran masuk kompartmen habuk tersumbat: keluarkan kompartmen habuk dan kosongkannya. Bersihkan pen-
gedap kompartmen habuk.
Jika susah untuk menggerakkan nozel
• Buka suis kuasa manual pada nozel.
Jika kord kuasa tidak bergulung sepenuhnya
• Kord menjadi perlahan semasa ia bergulung: tarik kord kuasa keluar sekali lagi dan tekan butang menggulung
kord kuasa.
Sekiranya masalah sering berulangan, bawa pembersih hampagas anda ke Pusat Servis Bertauliah Tefal
anda yang berdekatan atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Tefal.
PENYELESAIAN MASALAH
* Berdasarkan model: bahagian-bahagian ini adalah spesifik kepada model tertentu atau merupakan aksesori yang
boleh dibeli secara berasingan.