29
EN
ZH
TH
MS
Perlindungan penting
Arahan keselamatan
• Baca dan ikut arahan penggunaan. Simpan pada tempat yang selamat.
• Peralatan ini bukan untuk dikendalikan dengan menggunakan penentu masa luar atau sistem
kawalan jauh berasingan.
Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi peraturan keselamatan dan arahan
yang
berkuatkuasa semasa ia dikeluarkan (Arahan voltan-rendah, Keserasian Elektromagnet,
Peraturan
Bahan berkenaan Makanan, Persekitaran…).
• Periksa bahawa voltan bekalan kuasa sepadan dengan yang ditunjukkan pada peralatan (arus
ulang-alik).
• Memandangkan terdapat pelbagai standard yang berkuatkuasa, jika peralatan ini digunakan
di negara lain selain daripada negara di mana ianya dibeli, dapatkan pemeriksaan daripada
pusat servis yang bertauliah.
• Jangan letak peralatan ini berdekatan dengan tempat yang panas atau dalam ketuhar yang
panas, kerana kerosakan teruk boleh berlaku.
• Peralatan ini direka untuk kegunaan domestik saja. Sekiranya digunakan secara profesional,
secara tidak sesuai atau gagal mematuhi arahan, pengilang tidak akan bertanggungjawab dan
jaminan tidak akan terpakai.
• Ianya tidak bertujuan untuk digunakan bagi penggunaan berikut, dan jaminan tidak terpakai
untuk:
- staf bahagian dapur di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
- rumah ladang;
- oleh pelanggan hotel, motel dan jenis perkitaran kediaman yang lain;
- jenis persekitaran katil dan sarapan.
Menyambung kepada bekalan kuasa
• Jangan gunakan peralatan ini jika:
- peralatan atau kordnya telah rosak;
-
peralatan telah jatuh atau menunjukkan kerosakan nyata atau tidak berfungsi dengan betul.
• Dalam kes ini, peralatan mesti dihantar ke pusat servis yang bertauliah yang terdekat dengan
anda untuk mengelakkan sebarang kemungkinan bahaya. Jangan leraikan peralatan ini sendiri.
• Jangan tinggalkan kord tergantung.
• Sentiasa pasang peralatan di soket bumi.
• Jangan menggunakan penyambung soket. Jika anda perlu menggunakan penyambung soket,
hanya gunakan penyambung soket yang berkeadaan baik, mempunyai palam bumi dan sesuai
dengan kuasa peralatan.
• Jangan mencabut palam peralatan dengan menarik kord.
• Sentiasa cabut palam peralatan:
- sebaik sahaja selesai menggunakan;
- apabila memindahkannya;
- sebelum membersihkannya atau menyenggaranya;
- jika ia gagal berfungsi dengan betul.
Penggunaan
• Guna permukaan kerja yang rata, stabil dan tahan-haba yang jauh dari apa-apa percikan air.
• Jangan tinggalkan peralatan yang masih digunakan tanpa pengawasan. Jauhi daripada kanak-
kanak.