36
• Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk
seketika sebelum mencuci.
• Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.
• Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke
atasnya, hanya ke dalam mangkuk.
Menjaga mangkuk
• Untuk mengekalkan kosmetik mangkuk, kami tidak
menggalakkan mangkuk untuk dicuci di dalam mesin basuh
pinggan mangkuk.
• Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang
diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau
menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan
mangkuk daripada sebarang kerosakan.
• Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan
masukkan cuka ke dalamnya.
• Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas
penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk
satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah
disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak
akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan
periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih
selamat untuk digunakan.