AMARAN:
- Tarik keluar plag pembakar roti dengan segera jika api atau asap kelihatan.
- Pembakar roti ini hendaklah DIGUNAKAN UNTUK ROTI SAHAJA. Ramuan-ramuan lain
seperti pastri dengan fros atau inti mungkin menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau
kecederaan.
Ciri-ciri
A Bahagian dinding luar sejuk
B Alur lebih lebar
C Tuil bakar
D Punat batal (jenis: HD2524/2526/2528/2529/2544/2546/2548/2549)
Pembatalan seting (jenis HD2525/2545)
E Punat cair (jenis: HD 2528/2529/2548/2549)
Seting cair (jenis HD2524/2525/2529/2544/2545/2549)
F Punat bagel (jenis HD2525/2528/2529/2545/2548/2549)
G Seting panas semula
H Kawalan pemerangan
I Dulang habuk roti boleh alih
J Penstoran kord
K Pemanas ban (jenis HD2526/2529/2546/2549)
L Tudung debu
Membakar roti
1 Letakkan alat ini pada tempat yang selamat, jauh daripada bahaya kebakaran seperti kain
langsir. Plagkan kord elektrik ke dalam soket elektrik.
Anda boleh mengubah kepanjangan kord dengan menggulungkannya mengelilingi pendakap-
pendakap pada dasar peralatan itu.
2 Letakkan satu atau dua keping roti ke dalam pembakar roti jenis
HD2524/2525/2526/2528/2529 atau sebanyak empat keping ke dalam pembakar roti jenis
HD2544/2545/2546/2548/2549.
3 Pilih seting pemerangan yang dikehendaki. Sensor suhu dan penunjuk masa elektronik
memberikan hasil pembakaran yang serata (gamb. 1).
Pilih penetapan yang rendah (1-2) untuk roti yang dibakar sedikit dan penetapan tinggi (5-7) untuk
hasil pemerangan yang lebih.
NOTA: Apabila membakar roti dalam satu siri kepingan demi kepingan, anda tidak perlu mengubah
alat kawalan pemerangan.
4 Tolakkan tuil pembakar roti ke bawah untuk menghidupkan alat ini.Tuil pembakar roti akan
hanya berada pada kedudukan ini jika alat ini telah diplagkan ke dalam soket elektrik (gamb.
2).
NOTA: Pada permulaannya, elemen-elemen pemanas pembakar roti ini mungkin mengeluarkan suatu
bau yang kurang menyenangkan. Ini adalah perkara biasa untuk alat yang baru.
5 Roti yang dibakar akan terkeluar secara automatik apabila ianya sudah siap, dan pembakar roti
akan memadamkan elemen-elemen pemanas.
Jangan sekali-kali biarkan pembakar roti tanpa pengawasan semasa ianya sedang digunakan.
Bahagian-bahagian logam pembakar roti ini akan menjadi panas semasa digunakan. Berhati-hati
supaya jangan tersentuhnya.
BAHASA MELAYU 9